hai korang
nak kongsi cerita cikit..
cerita mengenai ciri-ciri sahabat sejati.
kalau korang larat nak bace baca lah..
kalau x baca point pon boleh..
kawan menag senang untuk cari tetapi
jika sahabat susah untuk cari..
kadang-kadang kita sendiri tidak sedar kawan kita adalah sahabat kita..
hargailah seorang kawan..
kerana dari kawan lah munculnya sahabat..
tersebutlah kisah....
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
• Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia; akan membenarkan kamu• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
• Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
• Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
• Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
ingat la kengkawan,,,
kawan boleh membuat kita bahagia dan berjaya dan kawan juga boleh menjahanamkan kita..
renung-renungkan lah sahabat anda..
aku bersyukur kerana aku tehat dikurniakan sahabat yang sejati...
No comments:
Post a Comment